E-Store

Sila klik link di bawah untuk membuat pembelian di e-store kami:
http://www.stormreaders.net/teratakhikmah
Dan klik di sini untuk mengetahui cara membeli
*use Internet Explorer 8 and above

Thursday, October 28, 2010

Ajarkan Buah Hati Mencintai Nabi

Penulis : Arsil Ibrahim
Kod Buku : AMBK1133
Kod ISBN : 978-967-5401-28-2
Harga : RM25.00 , CP : 8

"Ayahanda dan bonda, fitrah suci yang Allah SWT titiskan daripada telaga syurga dahulu, yang kita bawa bersama ketika lahir daripada perut ibu dahulu, fitrah itu, rasanya kini telah lusuh dan pudar warnanya. Fitrah itu kini telah diwarnai warna-warna keduniaan yang suram dan kelam. Kita tidak pernah lagi dapat menikmati tegukan air keimanan yang berada di dasar hati. Sebab bertan-tan sampah dunia telah mengotorinya setiap hari....

Tuesday, October 26, 2010

A Comprehensive Prayer Formula

Penulis: Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman
Kod Katalog: TBBK1127
Kos ISBN: 978-967-5102-57-8
HARGA: RM26.00, CP : 8

Invite the readers to reflect upon the hadith of the Prophet SAW in which he says, “Pray as you have seen me praying” while giving precedence to the interpretations of evidences by the Shafi`I scholars. In addition, the opinions of other schools of thought are also analyzed and benefited from wherever pertinent. 

* Motivate the Muslims to perform prayer in the best manner possible by perfecting its pillars and Sunnah acts as well as observing its conditions, through learning and understanding the evidences. 
* Deepen the relationship with prayer by pondering upon the recitations of the prayer and its movements in perfecting the prayer internally. 
* Enhance the understanding of the Muslims on the matters that inhibit the presence of khushu` in prayer, especially from among the major sins. 
* Improve the knowledge of this act of worship which we are commanded to perform five times every single day until our last breath.

Sunday, October 24, 2010

12 Peribadi Cemerlang Ibadurrahman

Penulis : Yusuf Al-Qaradhawi
Kod Buku : AMBK1132
Kod ISBN : 978--83-3811-17-5
Harga : RM20.00 , CP : 6


IBADURRAHMAN ini dinisbahkan kepada Dzat Allah Yang suci (Ar-Rahman), yang mengandungi pengertian, bahawa mereka adalah hamba-hamba yang layak mendapatkan rahmat Allah dan mereka selalu berada dalam naungan rahmat ini. Rahmat memagari mereka dari arah kanan, kiri, atas dan bawah.

Apakah kamu semua ingin termasuk golongan Ibadurrahman? Apakah kamu ingin menisbahkan diri kepada Allah? Apakah kamu ingin menjadi anggota bagi jemaah ini? Jika kamu menginginkan, maka ketahuilah sifat dan ciri-ciri mereka. Kenalilah siapa Ibadurrahman itu, dengan itu kamu terdorong untuk menjadi anggota mereka. Berapa ramai orang yang mengaku, "Aku termasuk Ibadurrahman"' tetapi perilakuannya menunjukkan, "Engkau adalah Ibadussyaitan dan bukan Ibadurrahman."

Friday, October 22, 2010

Wasiat Luqman al- Hakim

Penulis: Ahmad Hasan Mohd Nazam
Kod Katalog: TBBK1122
Kos ISBN: 978-967-5102-56-1
HARGA: RM20.00, CP : 6

Wasiat Luqman al- Hakim kepada anaknya seperti yang terdapat dalam surah Luqman sering dijadikan rujukan untuk mencari bahan guna mendidik anak-anak. Bukan sahaja berguna bagi anak-anak, malah wasiat atau nasihat ini berguna untuk panduan seluruh umat sejagat. Malah ayat-ayat 12 hingga 19 surah Luqman ini adalah sumber rujukan yang paling popular kerana ia menyorot dengan panjang lebar tentang isi pengajaran kepada kata-kata Luqman al-Hakim kepada anaknya.

Wednesday, October 20, 2010

Untukmu WAnita

Penulis : Zaharuddin Abdul Rahman
Kod Buku : GB0062
Kod ISBN : 978-983-097-228-2
Harga : RM21.00 , CP : 7


Hadiah istimewa buat insan bernama wanita. Menggarap pelbagai permasalahan wanita yang merangkumi isu aurat, maruah, munakahat dan juga rumah tangga. Dipersembahkan dalam bentuk soal jawab. Santai dan bersahaja. Dikukuhkan dengan dalil-dalil al-Quran dan hadis untuk rujukan dan bimbingan. Juga diselitkan kisah-kisah motivasi sebagai iktibar membentuk peribadi solehah.

Monday, October 18, 2010

Tragedi Cinta Taj Mahal

Nama Penulis: Aneesah Aliyyah
Kod Produk : TBBK1143
Kod ISBN : 978-967-5102-73-8
Harga : RM17.00 , CP : 5

Natasha merupakan anak sulung Dr. Farid dan isterinya, Puan Hasmah. Dia mempunyai seorang adik kembar, Aleesha yang berusia 18 tahun. Mereka berdua melanjutkan pelajaran di Victoria University, Wellington, New Zealand. Di Wellington, Natasha bertemu seorang pemuda kulit putih yang berjaya mengambil hatinya, Jonathan. Jonathan juga sangat tertarik dengan Natasha, hingga membuatkan dia hendak mengenali Islam. Namun, hubungan antara benua dan antara agama ini tidak dapat diteruskan kerana Dr. Farid hendak Natasha dikahwinkan dengan anak kepada rakan karibnya, Bahar. 

Sebagai anak yang sangat taatkan orang tuanya, Natasha turutkan sahaja walaupun dia terpaksa mengorbankan perasaannya. Natasha sering mendapat igauan tentang kematian. Ternyata igauannya menjadi kenyataan. Dia memang hendak dibunuh dalam satu kes langgar lari di Wellington, lantas memaksanya untuk balik ke Malaysia. Di Malaysia, berkat taatkan orang tuanya, Natasha hidup bahagia di samping suaminya di rumah mereka yang diberi nama Mahligai Taj Mahal. Namun, kebahagiaan itu hanya sementara kerana Bahar mati secara tiba-tiba. Kematian Bahar adalah kematian kedua di mahligai itu. Benarkah dia dibunuh? Atau ia merupakan satu sumpah di mahligai itu? Mengapa Jonathan muncul selepas kematian Bahar dan dapatkah dia mengahwini Natasha?

Saturday, October 16, 2010

Tips Menjadi Pelajar IPT Cemerlang

Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah
Kod Katalog : TBBK 1067
Kos ISBN : 978-983-3494-90-3
HARGA : RM 19.90, CP : 6

IPT merupakan institusi tertinggi pengajian di mana-mana negara di dunia. IPT mempunyai budaya yang tersendiri. Pelajar sekolah menengah belum kenal dengan budaya ini. Buku ini mendedah segalanya.

Ada pelajar yang cemerlang ketika di sekolah menengah kecundang di tangga universiti. Penekanan yang begitu terarah kepada pencapaian akademik kadang-kadang mengetepikan aspek sosial, kerohanian dan emosi. Sesungguhnya keseimbangan dalam perkembangan aspek akademik dan sahsiah membentuk seorang mahasiswa yang cemerlang.

Thursday, October 14, 2010

The Big Tomato Face



Penulis : Alice Tong
Kod Buku : AMBK1034
Kod ISBN : 978-983-3811-21-2
Harga : RM8.90 , CP : 3


Haizam was a hot-tempered boy. He got angry easily even when playing games. He also threw tantrums at home, causing so much mess. He felt that everyone was unfair to him. He did not realise that his friends and family cared for him. A one-time anger one day turned his face into a big ripe tomato. In fact, it was red and hot, cusing him much distress. Will he turn into a big red monster? Will he recover from the sore ? Read the story and find out what happened to Haizam next.

Tuesday, October 12, 2010

Pemilik Cintaku

Penulis : Fatimah Syarha Mohd Noordin
Kod Katalog : TBBK 1111
Kos ISBN : 978-967-5102-40-0
HARGA : RM 12.00, CP : 4


Novel ini mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadapa Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan yang diajar Rasulullah SAW untuk menerima pasangan hidup yang benar-benar boleh mendidik beliau dan keluarga ke jalan syurga. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menjumpai PEMILIK CINTANYA, setelah Allah dan Rasul.

Sunday, October 10, 2010

Pesan-pesan Akhir Rasulullah S.A.W

Penulis : Syaikh Hussain bin Audah al- Awayisyah
Kod Katalog : TBIN1013
Kod ISBN : 978-979-3536-96-5
HARGA : RM 6.00, CP : 2

Dari al ‘Irbadh bin Sariyah r.a. , dia berkata bahawa (pada suatu hari) Rasulullah s.a.w. memberikan nasihat yang sangat berkesan kepada kami sehingga hati kami terharu dan air mata kami bercucuran. Maka, kami pun menyapanya: “Wahai Rasulullah, sepertinya ini pesan perpisahan. Untuk itu, berilah kami wasiat”. Rasulullah s.a.w. pun bersabda; “Aku mewasiatkan kepada kalian agar selalu mendengar dan taat meskipun yang memimpin kalian seorang budak hitam (Habsyi). Kerana sesunguhnya, siapa yang masih hidup (sepeninggalku) nescaya akan melihat perselisihan yang banyak. Oleh kerana itu, hendaknya kalian berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa-ur Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham. Jauhilah pula oleh kalian perkara perkara yang baru (bid’ah) kerana setiap bid’ah itu sesat.” (HR Abu Dawud, at-Tirmizi, dan Ibnu Majah dalam Shahih Sunan mereka).Berdasarkan hadits di atas, solusi yang tepat dan syar’I yang harus dijadikan pedoman bagi ummat Muhammad s.a.w. dalam menyelesaikan masalah pepecahan di kalangan mereka sepeninggal beliau adalah dengan berpegang teguh pada sunnah Rasulullah s.a.w. dan sunnah para Sahabatnya, bukan sunnah yang lainnya.

Friday, October 8, 2010

Soal Jawab Remeh-temeh Tentang Seks

Tapi Anda Malu Bertanya

Penulis : Zahazan Mohamed & Rohidzir Rais
Kod Katalog : TBBK 1052
Kos ISBN : 978-983-3494-80-4
HARGA : RM19.90, CP : 6

Membicarakan pelbagai isu sensitif berkenaan seks yang mampu merungkai banyak persoalan yang masih menyelubungi masyarakat di negara kita. Kepada ibu bapa dan guru yang malu menjawab per-tanyaan anak, dan para pelajar. Kepada pengantin baru yang masih tercari-cari jawapan kepada pelbagai permasalahan seks, dan juga kepada pasangan yang sudah lama men-dirikan rumah tangga tetapi masih memendam rasa, buku inilah penyelesaian-nya.

Thursday, October 7, 2010

Travelog Seorang Da’i

Penulis : Ustaz Abd. Rahman Mohamed
Kod Katalog : TBBK 1098
Kos ISBN : 978-967-5102-31-8
HARGA : RM 20.00, CP : 6

Menurut penulis buku ini:

Aku persembahkan buku ini untuk berkongsi pengalaman dengan para pembaca di kalangan kaum Muslimin dan Muslimat. Padanya aku coretkan segala pahit manis hidupku sejak kecil, alam persekolahan, menyertai kumpulan samseng sehingga aku mendapatkan hidayah, bertugas di masjid, difitnah berkefahaman Wahabi hingga terpaksa dibawa ke mahkamah, jatuh bangun sebagai peniaga dan akhirnya dapat berdiri teguh dengan inayah Allah SWT.

“Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.”

Biar kita susah dahulu agar kita mendapat kesenangan di kemudian hari. Aku harapkan dengan coretan ini agar segala pengalamanku dijadikan perbandingan dan pengajaran. Aku mahu jelaskan kepada sekalian pembaca adalah dan percayalah, kesusahan hidup bukan hukuman, sebaliknya ia adalah ujian untuk mendapatkan yang terbaik. Firman Allah: “Sesungguhnya berserta kesusahan itu ada kesenangan.”

Wednesday, October 6, 2010

Hadiah Buat Muslimah

Penulis : Siti Nor Bahyah Mahamood
Kod Katalog : TBBK 1074
Kos ISBN : 978-967-5102-05-9
HARGA : RM 30.00, CP : 10

HADIAH BUAT MUSLIMAH – Panduan Asas Fiqah Wanita ialah sebuah buku yang wajar dimiliki oleh semua wanita. Terkandung dalamnya perkara asas Fardu Ain khusus yang berkaitan dengan wanita seperti bersuci, jenis air, pembahagian najis, istinjak, wuduk, tayamum, jenis darah, mandi, solat, menutup aurat, solat jenazah, zakat, berpuasa, haji, perkahwinan dan yang berkaitan dengannya, pergaulan, perhiasan, mendidik anak dan poligami.

Hukum-hakam yang dipersembahkan dalam buku ini lengkap dengan nas dari al-Quran dan hadis. Isu yang dibincangkan mustahak, kontemporari dan relevan. Buku ini sesuai untuk semua pelajar wanita, gadis, remaja dan wanita dewasa. Sebab itu buku ini layak dihadiahkan kepada semua golongan Muslimah. Berikan mereka hadiah yang terindah - IBADAH YANG SEMPURNA.

Monday, October 4, 2010

Buku Tarbiah Anak-Anak Dengan Zikir & Doa

Penulis : Ustaz Zahazan Mohamed & Ustaz Rohidzir Rais
Kod Katalog : TBBK 1092
Kos ISBN : 978-967-5102-23-3
HARGA : RM 12.00, CP : 4

Buku Tarbiah Anak-Anak Dengan Zikir & Doa ini menghimpunkan doa-doa untuk ibu bapa membimbing anak-anak dan diajarkan kepada anak serta untuk dijadikan amalan dalam mendidik anak. Buku ini dibahagi kepada 4 aspek termasuk keterangan dan petua beramal:

* KETELUSAN AKHLAK & KEMURNIAN PEKERTI seperti mendapat ramai anak soleh dan cemerlang, menghilangkan perasaan marah, menenteramkan jiwa, menghadapi saat-saat getir, mohon kesabaran, meningkat keyakinan diri dan mohon dipenuhi keperluan.
* KECEMERLANGAN AKADEMIK seperti mudah menghafal pelajaran, mudah menjawab soalan peperiksaan, dikasihi guru, mohon kelulusan cemerlang dan mudah menghafal al-Quran.
* KECERGASAN JASMANI DAN KEAFIATAN FIZIKAL seperti mohon perlindungan daripada gangguan, sihir, luka, demam, bengkak, jauhi daripada zina, stres dan jauhi daripada insomnia.
* ZIKIR DAN SELAWAT seperti selawat Ibrahimiyyah, mohon kebahagiaan, mohon keselamatan, kelapangan, menghindari bahaya, sembuh penyakit dan mengelak mimpi ngeri. 

Saturday, October 2, 2010

Doa dan Zikir Harian

Penulis : Ustaz Zahazan Mohamed
Kod Katalog : TBBK 1081
Kos ISBN : 978-967-5102-10-3
HARGA : RM 6.00, CP : 2

Buku DOA & ZIKIR HARIAN ini lain daripada yang terdapat dalam pasaran kontemporari kerana ianya disusun dan direka bentuk dengan ciri-ciri keistimewaan tertentu antaranya:

1. Susunan doa ditujukan khas untuk semua golongan dan peringkat usia.
2. Setiap doa ada keterangan, petua beramal dan adab-adab.
3. Buku bersaiz kecil mudah untuk dipegang di atas tapak tangan kiri, dan mudah untuk diselak dari muka ke muka oleh jari tangan kanan.
4. Orientasi melintang memudahkan format reka bentuk ayat untuk dihafal dan diingat.
5. Cetak muka surat isi dengan 2 warna melembutkan mata memandang.
6. Kulit yang cantik.
7. Model buku ini sesuai untuk dijadikan buku cenderahati untuk tetamu ke majlis perkahwinan, pertunangan, pelajar, sambutan hari ulang tahun atau hari jadi dan sebagainya. 

Thursday, September 30, 2010

Nota Hati Seorang Lelaki

Penulis : Pahrol Mohd Juoi
Kod Katalog : TBBK 1112
Kos ISBN : 978-967-5102-48-6
HARGA : RM 20.00, CP : 6

Sinopsis
Buku ini meluahkan isi hati seorang lelaki yang sangat wajar dibaca oleh mereka yang bergelar isteri, adik, anak, pelajar dan ibubapa kepada mereka yang bergelar LELAKI. Ia menyelami perasaan dan jiwa seorang lelaki menurut perspektif rumah tangga, pendidikan, moral, ekonomi, politik dan lain-lain “gelanggang” juang mereka. Ia ditampilkan dalam bentuk yang sangat santai tetapi mengandungi maksud yang sangat mendalam. Di sebalik setiap kisah ada mesej penting yang sangat relevan dan signifikan. 

Tuesday, September 28, 2010

Al-Mathurat (Wirid dan Doa Rasulullah)

Penulis: Al-Syahid Imam Hasan al-Banna
Kod Katalog: TBBK1129
Kos ISBN: 978-967-5102-63-9
HARGA: RM4.00, CP : 1


AL-MA’THURAT ialah sebuah himpunan wirid dan doa Rasulullah untuk diamalkan pada setiap kesempatan terutama selepas Subuh dan Maghrib oleh setiap pendakwah, penyeru makruf, penentang kebatilan malah setiap individu.

Lagi details tentang al-mathurat? Sini...

Monday, September 27, 2010

Alahai Pengantin Baru

Penulis : Jalilah Abdullah
Kod Buku : GB0038
Kod ISBN : 9778-983-097-178-0
Harga : RM19.90 , CP :

Di sebalik kisah-kisah yang berlaku pada diri orang lain, kita mungkin akan menemui cerminan diri kita.Ini hanya satu anekdot daripada 111 kisah kehidupan yang terhimpun di dalam buku ini. Kisah yang biasa-biasa tapi kaya dengan iktibar. Ada kisah yang menyayat hati, menyentak emosi, menyentuh naluri. Ada kisah yang menyubur fitrah, menghidupkan jiwa. Kisah-kisah ini mungkin bukan kisah kita atau orang-orang yang kita kenal, tapi ia merupakan cermin kehidupan yang dekat dengan setiap orang daripada kita. Ada sumber motivasi, bahan renungan dan tip. Justeru itu, dunia mereka, mungkin dunia kita jua...

Sunday, September 26, 2010

Formula Solat Sempurna

Penulis : Ust. Zaharuddin Abd. Rahman
Kod Katalog : TBBK 1048
Kos ISBN : 978-983-3494-98-9
HARGA : RM25.90, CP : 8

FORMULA SOLAT SEMPURNA ini menjelaskan kepada pembaca dengan pendekatan mudah dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan sunat-sunat semasa solat bersama rukun dan syaratnya.

Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari. Penulis membawakan nas-nas yang terbaik hasil ijtihad para ulama hadis silam dan semasa.

Aspek ini menjadikan ia sebuah buku yang amat sesuai buat semua lapisan masyarakat dan latar belakang, hingga mereka yang mempunyai kefahaman Syariah yang minimum juga mampu memahami ulasan di dalam buku ini dengan baik. Demikian juga mereka yang khusus dalam ilmu Syariah juga diyakini akan mendapat sesuatu yang menarik daripada buku ini. Kandungan buku ini disusun dalam bentuk menarik mengikut kronologi pergerakan solat dan kemudian disusuli dengan nas-nas warid daripada Nabi s.a.w. Seterusnya huraian amat berguna berkaitan khusyuk, masalah dan punca kehilangannya dewasa ini.

Friday, September 24, 2010

Majalah Solusi isu 23

Penulis : Mix Artist
Kod Buku : TBMJ1023
Harga : RM9.00 , CP : 3

Apakah erti cinta? 
Bagaimanakah cinta sebenar? 
Bagaimana untuk mendapatkannya?

Jadikan majalah ini sebagai medium peringatan buat dirimu yang mungkin terlupa!

Majalah bulanan yang bakal mengetengahkan isu-isu yang dekat dihati pembaca. Padat dengan hasil tulisan penulis-penulis yang prolifik, tips dan panduan serta tulisan-tulisan yang menyentuh hati. Merangkumi keseluruhan aspek kehidupan ummah:
 
* Motivasi untuk ibubapa, suami isteri, anak-anak, remaja, pelajar, pekerja, dan lain-lain.
* Fiqh Amali
* Tauhid
* Muamalat
* Munakahat
* Muqasid Syarie
* Fadhail amal
* Faraid
Majalah bulanan yang tidak bergantung kepada isu semasa. MILIKILAH MAJALAH SOLUSI SETIAP KELUARAN.

Thursday, September 23, 2010

DVD Siri Panduan Ibadat Haji (Qiran)

Tajuk : Siri Panduan Ibadat Haji
No.Kod : GIDV1001 sehingga GIDV1004
Harga : RM50.00 (seunit) , CP : 16
Terbitan : Lembaga Tabung Haji

DVD Panduan Ibadat Haji ini akan memperkaya dan memperkasakan maklumat bakal-bakal haji tentang cara mengerjakan Haji yang lengkap dan sempurna.

Produk yang dipaparkan berdasarkan kepada buku Panduan Ibadat Haji dan Umrah terbitan Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji ini menggunakan rakaman penggambaran sausana sebenar yang dirakamkan sepenuhnya semasa musim haji yang lalu.

Bahagian Bimbingan Tabung Haji mempersembahkan beberapa DVD Panduan Ibadat Haji untuk melengkapkan persiapan dan pengetahuan bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci.

SIRI PANDUAN IBADAT HAJI

IBADAT HAJI (IFRAD) - GIDV1001
IBADAT HAJI (QIRAN) - GIDV1002
IBADAT HAJI (TAMATTU') - GIDV1003
IBADAT UMRAH & ZIARAH - GIDV1004

DVD ini adalah terbitan Lembaga Tabung Haji dan ia boleh didapati di Stormreaders Network Sdn Bhd secara on-line.

DVD Siri Panduan Ibadat Haji terbitan Lembaga Tabung Haji telah berada di pasaran. Milikinya di e-Store StormReaders (http://www.stormreaders.net/teratakhikmah) menerusi Internet Explorer 8 sementara stok masih ada!

Indahnya Hidup Bersyariat

Penulis : Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid
Kod Katalog : TBBK 1097
Kos ISBN : 978-967-5102-30-1
HARGA : RM 55.00, CP : 18

Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik. Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu. 

Stormreaders Network

Apa itu Stormreaders?

STORMREADERS NETWORK SDN BHD (819400-M) (AJL-931780) ditubuhkan pada 28hb Mei 2008. Ia merupakan sebuah anak syarikat kepada TELAGA BIRU SDN BHD, iaitu sebuah syarikat Bumiputera Islam yang telah beroperasi sejak 1997. Dengan berpengalaman lebih 10 tahun sebagai penerbit dan pengedar produk-produk Islam terutamanya buku-buku, kaset, CD dan VCD, yang disampaikan oleh ikon-ikon tersohor di tanahair kita seperti Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamud , Ustaz Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi, Ustaz Zaharuddin, Dato Hj Ismail Kamus dan ramai lagi.

Jika corak pendekatan pengedaran dan pemasaran produk TELAGA BIRU dibuat secara konvensional. Sebaliknya di STORMREADERS NETWORK pula, ianya merupakan ONLINE BISNES yang menggunakan kaedah system affiliate dan pemasaran bertingkat (MLM). Istimewanya, corak MLM yang digunapakai oleh STORMREADERS NETWORK adalah berteraskan Syariah (Syariah Compliant). Dua tokoh agama yang dilantik oleh Syarikat sebagai Penasihat Syariah adalah Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dan Ustaz Dr Hj Zahazan Mohamed.

Alhamdulillah, setelah hampir setahun program affiliate dan MLM berteraskan Syariah ini dilancarkan, kini STORMREADERS NETWORK bukan sahaja mengedar buku-buku terbitan Telaga Biru sahaja, sebaliknya produk-produk penerbit lain seperti Ana Muslim, Galeri Ilmu dan Tabung Haji juga boleh didapati di dalam “Kedai Stormreaders”. Insyaallah, dimasa akan datang STORMREADERS NETWORK akan muncul sebagai ONE-STOP CENTRE kepada penerbit-penerbit di Malaysia dan luar negara. Ia tentunya akan memudahkan kita semua untuk memiliki produk, menambah ilmu dan menjana pendapatan bersama STORMREADERS NETWORK.